HotForex Malaysia Ulasan 2021

Hotforex ialah broker kos rendah yang menerima pedagang Malaysia. Mereka dikawal selia oleh banyak pengawal selia, mempunyai pelbagai jenis akaun, platform Metatrader, namun terdapat beberapa kekurangan. Kami membandingkannya dalam ulasan Hotforex ini.

Oleh: Penyunting

  โ€”  

TradeForexMalaysia Penyunting

Dikawal Selia Oleh: FCA, DFSA, FSCA,FSA

Ibu Pejabat: St. Vincent dan Grenadine

Diasaskan Pada: 2010

Minimum Deposit: $5

Buka Akaun Nota: Urus niaga Forex & CFD berisiko.

HotForex adalah forex STP dan broker CFD yang menerima pedagang yang tinggal di Malaysia. Mereka menyediakan servis dalam 27 bahasa berbeza termasuk bahasa Inggeris & Melayu.

HotForex menawarkan tujuh jenis akaun berbeza untuk pedagang Malaysia termasuklah: Islamik, Mikro, Premium, spread Sifar, Auto, PAMM, dan HFCopy. Yuran yang dikenakan bergantung kepada jenis akaun yang digunakan oleh pedagang. Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan platform urus niaga MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 yang tersedia pada telefon pintar, komputer, tablet, dan pelayar web.

HotForex diperbadankan di St. Vincent dan Grenadine serta dikawal selia oleh FCA (UK) yang merupakan tier-1 pengawal selia kewangan, dan termasuk juga FSCA . Jadi, Hotforex adalah broker yang agak selamat untuk membuat urus niaga forex.

HotForex menawarkan kepada pedagang Malaysia peluang untuk membuat urus niaga bagi 53 pasangan mata wang , 100+ CFD untuk komoditi, logam, tenaga, indeks, syer dan banyak lagi.

Untuk ulasan Hotforex Malaysia, kami membuat senarai kekurangan dan kekurangan broker ini sekali dengan yuran, tahap keselamatan, reputasi, platform, bonus & segalanya yang anda ingin tahu sebelum membuat pilihan.

Kelebihan HotForex Malaysia

  • HotForex adalah broker STP jadi tiada kepentingan konflik.
  • Mereka mengenakan yuran yang rendah secara keseluruhan tanpa caj tersembunyi.
  • Hotforex menawarkan Perlindungan Baki Negatif untuk pedagang Malaysia.
  • Mereka dikawal selia oleh Tier- 1 FCA (UK) Financial Authority, Tier-2 CySEC, FSCA, dan juga pengawal selia kewangan lain yang mempunyai reputasi tinggi. Jadi, berdagang dengan mereka boleh dikatakan selamat.
  • Mereka menawarkan akaun Islamik untuk pedagang Malaysia.
  • Mereka menawarkan pelbagai jenis instrumen untuk membuat urus niaga.

Kekurangan HotForex Malaysia

  • Hotforex tidak mempunyai platform urus niaga hak milik, mereka hanya menawarkan MT4 & MT5.
  • Tiada nombor telefon tempatan untuk khidmat sokongan di Malaysia.

HotForex Malaysia โ€“ Secara ringkasnya

๐Ÿ‘Œ Keputusan dari kami berkenaan Hotforex #2 Forex Broker di Malaysia
๐Ÿฆ Nama Broker HotForex Malaysia
๐Ÿ’ต Spread EUR/USD Yang Biasa 1.2 pips (dengan Akaun Standard)
๐Ÿ“… Ditubuhkan pada 2010
๐ŸŒ Laman Sesawang www.hotforex.com
๐Ÿ’ฐ Hotforex Malaysia Minimum Deposit $5
โš™๏ธ Maksimum Leverage 1:1000
โš–๏ธ Pengawal Selia Hotforex FCA, DFSA, FSCA, FSA
๐Ÿ›๏ธ Instrumen Urus niaga 53 pasangan mata wang, CFD untuk 6 logam, 4 tenaga, beberapa indeks, lebih daripada 56 syer, 5 komoditi, 12 mata wang kripto, 3 sukuk, dan 34 ETF.
๐Ÿ“ฑ Platform Urus Niaga MT4, MT5 untuk desktop, tablet, web & mobile

Adakah HotForex Malaysia Selamat?

Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan, Hotforex berdaftar di St.Vincent dan Grenadine dengan nombor pendaftaran 22747 IBC 2015. Pedagang Malaysia berdaftar dengan pengawal seliaan ini.

Hotforex Group dikawal selia oleh satu Tier-1 dan dua Tier-2 pengawal selia kewangan, sekali dengan pengawal selia lain yang mempunyai reputasi baik. Mereka berada dalam bisnes lebih daripada 10 tahun dan mempunyai jutaan pedagang berdaftar di seluruh dunia selama bertahun-tahun.

HotForex dikawal selia dan disahkan oleh pengawal selia seperti di bawah:

  1. HotForex berdaftar dengan Financial Conduct Authority (FCA) of the United Kingdom dengan nama โ€˜HF Markets (UK) Ltdโ€™ – dengan Nombor Rujukan Firma 801701
  2. Hotforex FCA regulation

  3. HF Markets (Eropah) Ltd juga dikawal selia oleh CySEC dengan nombor lesen 183/12.
  4. Hotforex CySEC regulation

  5. HotForex berdaftar dan diberi lesen oleh Dubai Financial Services Authority (DFSA) dengan nama โ€˜HF Markets (DIFC) Ltdโ€™ dengan lesen bernombor F004885.
  6. HotForex berdaftar dan diberi lesen oleh Financial Sector Conduct Authority (FSCA) Afrika Selatan dengan nama โ€˜HF Markets SA (PTY) Ltdโ€™ dengan lesen bernombor 46632.
  7. HotForex berdaftar dan diberi lesen oleh Financial Services Authority (FSA) of Seychelles dengan nama โ€˜HF Markets (Seychelles) Ltdโ€™ dengan lesen bernombor SD015.

 
Adakah HotForex ialah broker forex yang selamat untuk pedagang Malaysia? Ya, pada pendapat kami, Hotforex ialah broker yang selamat kerana mereka telah dikawal selia oleh banyak pengawal seliaan yang Top-tier.

Bukan sahaja dikawal selia oleh pengawal seliaan yang bagus, Hotforex juga mengekalkan amalan keselamatan seperti pengasingan dana, perlindungan baki negatif, dan insuran jika berlaku kehilangan wang.

Jadi, kami menganggap bahawa Hotforex ialah broker yang selamat untuk pedagang Malaysia.

Yuran HotForex Malaysia

Yuran yang dicaj HotForex bergantung kepada banyak faktor. Faktor ini termasuklah jenis akaun yang digunakan, instrumen yang didagangkan dan bila urus niaga dibuat.

Untuk ulasan ini, kami menggunakan beberapa contoh penanda aras untuk memberikan anda idea berapa banyak yuran yang dicaj.

Berikut adalah butiran tentang caj urus niaga & bukan urus niaga di HotForex Malaysia:

  1. Pemboleh Ubah Spread tidak begitu tinggi โ€“ Enam daripada tujuh jenis akaun yang ditawarkan HotForex adalah spread sahaja. Spread minimum untuk semua akaun bermula 1 pip kecuali akaun Sifar yang menawarkan urus niaga tanpa spread (tetapi mengenakan caj komisen). Purata spread yang dikenakan caj untuk penanda aras pasangan mata wang EURUSD adalah 1.2 pip.
  2. Di bawah ialah tangkap layar jadual dari laman sesawang mereka yang menunjukkan spread biasa bagi pelbagai jenis akaun.
    HotForex Spread comparison table

  3. $7 Komisen per Lot dengan Akaun Sifar Spread โ€“ Mereka tidak mengenakan sebarang caj komisen bagi urus niaga untuk enam daripada tujuk jenis akaun. Namun, untuk akaun Sifar, komisen bermula serendah USD 0.03 per 1000 lot. Mereka mempunyai dua struktur komisen untuk pedagang forex.

    Struktur komisen yang pertama mengenakan caj USD 0.03 per 1000 lot manakala struktur komisen yang kedua mengenakan caj sebanyak USD 0.04 per 1000 lot. Struktur komisen bergantung kepada pasangan mata wang yang digunakan untuk membuat urus niaga.

    Akaun Sifar sesuai untuk scalper dan pedagang mempunyai volume tinggi.

  4. Tiada yuran dikenakan untuk Deposit dan Pengeluaran โ€“ HotForex tidak mengenakan sebarang yuran untuk membuat deposit atau pengeluaran. Tambahan lagi, HotForex tidak meliputi sebarang caj yang dikenakan oleh penyedia servis pembayaran yang dipilih oleh pedagang.
  5. Yuran Tidak Aktif โ€“ HotForex tidak mengenakan sebarang caj untuk akaun tidak aktif. Anda mungkin membuka akaun dengan mereka dan tidak aktif mengikut kesukaan anda tanpa dikenakan caj berulang.

Secara keseluruhan, HotForex ialah broker berkos rendah. Mereka biasanya mengenakan caj spread sejumlah kecil sahaja dan tiada komisen yang dikenakan. Mereka juga tidak mempunyai sebarang caj tersembunyi dan hal ini membuatkan ia menjadi pilihan yang menarik untuk pedagang.

Bonus HotForex

HotForex menawarkan banyak bonus promosi untuk pedagang mereka. Pedagang yang layak boleh menebus 100% bonus supercaj, 30% bonus menyelamat atau 100% bonus kredit.

  • 100% Bonus Supercaj โ€“ Bonus supercaj hanya tersedia untuk akaun Premium dan Islamik. Bonus supercaj ialah bonus deposit yang akan menggandakan dua kali jumlah deposit anda jika ia melebihi jumlah deposit USD 250.
  • Bonus Menyelamat โ€“ 30% bonus menyelamat tersedia untuk akaun Premium dan Islamik. Tujuannya adalah untuk melindungi pedagang dari tempoh penurunan. Jumlah maksimum yang boleh ditebus untuk bonus menyelamat adalah USD 7000.
  • 100% Bonus Kredit โ€“ 100% bonus kredit hanya terpakai untuk akaun jenis mikro, premium dan Islamik. Bonus ini boleh dikeluarkan jika mencapai volume yang diminta mengikut syarat yang ditetapkan. Had masa untuk menggunakan bonus ini adalah santai supaya pedagang boleh membuat keputusan yang bijak dalam melakukan urus niaga.

Deposit dan Pengeluaran HotForex

HotForex menawarkan kaedah deposit dan pengeluaran yang meluas untuk pedagang Malaysia.

Apa yang menariknya, tiada yuran dikenakan untuk membuat deposit & pengeluaran.

Berikut adalah senarai pilihan membuat deposit yang tersedia di HotForex Malaysia:

  1. Tiada pemindahan wang bank tempatan (Hanya Pemindahan Wayar) โ€“ Tiada had jumlah wang yang boleh deposit ke akaun urus niaga anda menggunakan kaedah ini. Biasanya ia mengambil masa 2 โ€“ 7 hari untuk jumlah itu dikreditkan pada akaun anda. Namun, Hotforex tidak menawarkan pilihan pemindahan wang bank tempatan.
  2. Kredit Kad โ€“ HotForex menerima kredit kad Union Pay, Maestro, Mastercard, dan Visa. Jumlah maksimum bergantung kepada jenis kad yang digunakan. Jumlah wang biasanya dimasukkan dalam akaun anda dalam masa 10 minit.
  3. Pilihan Pembayaran Dalam Talian โ€“ HotForex menawarkan pelbagai jenis pilihan pembayaran untuk pedagang Malaysia termasuklah Bitpay, Neteller, Vload, WebMoney, dan Crypto Payments. Jumlah deposit maksimum berlainan mengikut kaedah pilihan.

Kaedah pengeluaran secara umumnya sama sahaja dengan kaedah deposit. Anda boleh meminta untuk membuat pengeluaran pertama anda dengan kaedah seperti memasukkan dana kedalam akaun anda.

Secara keseluruhan, kaedah deposit dan pengeluaran di HotForex sama dengan broker lain kecuali ianya tidak menawarkan pemindahan wang bank tempatan. Apa yang bagusnya ialah mereka tidak mengenakan sebarang caj untuk deposit atau pengeluaran, jadi adalah pilihan yang bagus untuk anda membuka akaun dengan mereka.

Jenis Akaun HotForex

Seperti yang diberitahu di atas, HotForex menawarkan tujuh jenis akaun berbeza. Setiap jenis akaun mempunyai kelebihan dan kekurangan serta bersesuaian dengan pelbagai jenis pedagang. Sebagai contoh, akaun Spread Sifar sesuai untuk pedagang volume tinggi dan scalper.

Hotforex mempunyai deposit minimum $5 dengan Akaun Mikro mereka. Deposit minimum bergantung kepada akaun anda.

Berikut adalah butiran jenis-jenis akaun berbeza yang relevan untuk pedagang Malaysia.

1. Akaun Islamik โ€“ Akaun spread untuk Mikro, Premium, Auto dan Sifar tersedia seperti akaun Islamik. Syarat akaun biasa terpakai dengan pengecualian yang mereka tidak mengenakan caj untuk kadar pertukaran atau caj pusingan jika memegang posisi semalaman.

2. Akaun Mikro โ€“ Deposit minimum untuk pembukaan akaun Mikro adalah $5. Leverage maksimum yang boleh digunakan ialah 1:1000.

3. Akaun Premium โ€“ Deposit minimum untuk pembukaan akaun Mikro adalah $100. Leverage maksimum yang boleh digunakan ialah 1:500.

4. Akaun Sifar Spread โ€“ Deposit minimum untuk akaun jenis ini adalah $200. Leverage maksimum yang tersedia ialah 1:500. Akaun jenis ini mengenakan caj spread yang rendah serendah sifar. Walau bagaimanapun, pedagang perlu membayar komisen untuk setiap urus niaga.

5. Akaun Auto โ€“ Deposit minimum adalah $200. Leverage maksimum ialah 1:500. Akaun Auto membolehkan anda untuk melanggan isyarat urus niaga yang percuma dan berbayar dari komuniti urus niaga MQL5.

6. Akaun PAMM โ€“ Deposit minimum adalah $250. Leverage maksimum yang digunakan ialah 1:300..

7. Akaun HFCopy โ€“ Akaun HFCopy membolehkan โ€œpengikutโ€ untuk meniru urus niaga โ€œPenyedia Strategiโ€. Penyedia Strategi boleh mengenakan caj prestasi yang boleh mencapai sebanyak 50%.

Instrumen Urus Niaga HotForex

HotForex menawarkan pilihan kepada pedagang untuk urus niaga lebih daripada 53 pasangan mata wang, 6 logam untuk CFD, 4 tenaga, beberapa indeks, lebih daripada 56 syer, 5 komoditi, 12 mata wang kripto, 3 sukuk, dan 34 ETF.

Secara keseluruhan, mereka mempunyai pilihan instrumen yang meluas berbanding dengan broker forex yang lain seperti OctaFX, FXTM yang mempunyai instrumen yang rendah. Walaupun begitu, Exness mempunyai pasangan mata wang yang lebih banyak berbanding Hotforex.

Apa yang menariknya, instrumen yang boleh didapati adalah sama tidak kira jenis akaun yang digunakan. Hal ini bermakna, anda boleh membuat urus niaga dengan instrumen yang sama dengan akaun Mikro begitu juga dengan akaun Sifar.

Maksimum leverage yang berguna bergantung kepada jenis akaun dan instrumen yang didagangkan.

Platform Urus Niaga HotForex

Hotforex adalah broker forex & CFD Metatrader.

Pedagang yang mengunakan HotForex mempunyai pilihan untuk menggunakan platform urus niaga MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Kedua-dua platform urus niaga ini tersedia untuk desktop, telefon pintar, tablet dan pelayar sesawang.

Pengguna yang menggunakan kedua-dua Windows dan Mac OS boleh mengakses platform urus niaga ini. Untuk pengguna alat mudah alih, platform urus niaga ini tersedia untuk Android dan IOS.

MT4 dan MT5 ialah platform urus niaga yang sangat popular dikalangan pedagang forex dan ianya senang digunakan. HotForex tidak menawarkan platform urus niaga hak milik sendiri untuk pedagang.

Khidmat Sokongan Pelanggan HotForex

Pedagang di Malaysia boleh menghubungi kumpulan khidmat sokongan pelanggan HotForex melalui sembang langsung, emel, faks, panggilan telefon, atau melalui borang di laman sesawang mereka. Kumpulan khidmat sokongan pelanggan tersedia 24 jam pada hari bekerja.

  1. Sokongan Sembang Langsung yang Baik: Kami menggunakan pilihan sembang langsung sambil menulis ulasan ini dan mendapati respon yang diberikan agak pantas dan membantu. Walaupun ada sedikit masa menunggu semasa menyambung, namun jawapan yang diberikan agak pantas.
  2. Tiada Sokongan Emel dalam bahasa Melayu: HotForex tidak menyediakan sokongan emel dalam bahasa Melayu. Sokongan emel tersedia dalam bahasa Inggeris, China dan 3 bahasa lain. Pedagang Malaysia boleh menghubungi mereka melalui borang yang tersedia di laman sesawang HotForex.
  3. Tiada Nombor Telefon Tempatan: HotForex tidak mempunyai nombor telefon Malaysia yang pedagang boleh hubungi. Walau bagaimanapun, pedagang boleh menggunakan nombor telefon tersedia di laman sesawang mereka. Nombor global adalah bebas tol.

Secara keseluruhan, HotForex menawarkan pelbagai jenis cara untuk pedagang Malaysia menghubungi mereka.

Adakah Kami Mengesyorkan HotForex Malaysia?

Dalam kata mudah, ya, kami mengesyorkan HotForex untuk pedagang di Malaysia.

HotForex adalah broker berkos rendah yang mengenakan caj spread yang rendah dan tidak mengenakan caj komisen untuk kebanyakan jenis akaunnya. Mereka tidak mengenakan caj tersembunyi seperti caj deposit atau sebagainya.

HotForex dikawal selia oleh pengawa selia kewangan bereputasi termasuklah FCA dari UK, FSCA, CySEC. Hal ini membuatkan mereka adalah pilihan yang selamat.

Mereka juga mempunyai instrumen yang meluas yang boleh digunakan untuk membuat urus niaga. Mereka juga baru-baru ini mula menawarkan ETF untuk urus niaga. Walaupun HotForex tidak mempunyai platform urus niaga hak milik, mereka menawarkan platform urus niaga MT4 dan MT5 untuk pengguna.

Lagipun, mereka juga menawarkan akaun Islamik.

Kelemahan utama untuk pedagang Malaysia ialah mereka tidak menawarkan nombor telefon tempatan untuk dihubungi bagi khidmat sokongan pelanggan. Khidmat sokongan emel serantau juga tidak tersedia dalam bahasa Melayu.