XM Forex Malaysia Ulasan

XM adalah broker mata wang asing atau forex yang berada dikedudukan #3 untuk pedagang di Malaysia. Antara kelebihannya adalah dikawal selia dengan baik, spread yang rendah dengan akaun Ultra Rendah dan mempunyai instrumen yang meluas. Namun, XM tidak mempunyai nombor telefon dari Malaysia.

Oleh: Penyunting

  —  

TradeForexMalaysia Penyunting

Dikawal Selia Oleh: ASIC, CySEC, IFSC, DFSA

Ibu Pejabat: Belize

Diasaskan Pada: 2009

Minimum Deposit: $5

Buka Akaun Nota: Urus niaga Forex & CFD berisiko.

XM adalah broker Pembuat Pasaran forex yang telah ditubuhkan sudah lama iaitu pada tahun 2009, dan mereka menerima pedagang dari Malaysia. XM menyediakan servis lebih daripada 30 bahasa termasuk bahasa Melayu dan Inggeris.

Laman sesawang XM diuruskan oleh ‘XM Global’, sebuah syarikat berdaftar di Belize dan mendapat lesen daripada IFSC. Syarikat XM Group dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan yang mempunyai reputasi tinggi seperti ASIC (Australia), CySEC (Cyprus), dan DFSA (UAE). Disebabkan itu, XM adalah broker yang selamat untuk digunakan.

Broker forex XM membolehkan pedagang untuk memilih 4 jenis akaun yang berbeza iaitu: Akaun Mikro, Standard, XM Ultra Rendah, dan Syer. XM menawarkan akaun berunsurkan servis Islamik untuk mereka yang melanggan akaun XM jenis Mikro, Standard dan Ultra Rendah.

Yuran dagangan di XM bergantung kepada jenis akaun anda buka. XM menawarkan pilihan untuk anda menggunakan platform urus niaga MetaTrader4 atau MetaTrader5 yang tersedia untuk telefon pintar, desktop, pelayan sesawang dan tablet.

XM menawarkan pedagang Malaysia peluang untuk berdagang 55+ pasangan matawang dan CFD lebih 1000+ saham, komoditi, indeks ekuiti, logam berharga dan tenaga.

Untuk ulasan XM Malaysia ini, kita membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan broker XM, ciri-ciri keselamatan, yuran yang dikenakan, syarat-syarat urus niaga, sokongan pelanggan dan segalanya yang ingin anda tahu.

Kelebihan XM Malaysia

  • Walaupun XM adalah broker Pembuat Pasaran, mereka tidak mengambil kesempatan terhadap kerugian klien. Jadi, tiada konflik kepentingan disini.
  • Tiada caj untuk deposit atau yuran pengeluaran bagi mana-mana kaedah pembayaran.
  • XM menawarkan Perlindungan Baki Negatif untuk pedagang di Malaysia.
  • Dikawal selia oleh Tier- 1 ASIC (Australia) Financial Authority, Tier-2 CySEC, dan juga pihak berkuasa kewangan lain yang mempunyai reputasi tinggi. Oleh itu, broker XM adalah tempat yang selamat untuk membuat urus niaga.
  • Mempunyai akaun Islamik untuk pedagang di Malaysia.
  • Mempunyai pelbagai jenis instrumen untuk berdagang.

Kekurangan XM Malaysia

  • XM tidak mempunyai platform perdagangan hak milik. Mereka hanya menawarkan MT4 & MT5.
  • Mereka tidak mempunyai pejabat di Malaysia.

XM Malaysia – Secara ringkasnya

👌 Keputusan dari kami berkenaan XM #3 Broker Forex di Malaysia
🏦 Nama Broker XM Malaysia
💵 Spread EUR/USD Yang Biasa 1.7 pips (dengan Akaun Standard)
📅 Ditubuhkan pada 2009
🌐 Laman Sesawang www.xm.com/my/
💰 XM Malaysia Minimum Deposit $5
⚙️ Maksimum Leverage 1:888 untuk urus niaga daripada $5 sehingga $20,000 dengan Akaun Mikro
⚖️ Pengawal Selia XM ASIC, CySEC, IFSC, DFSA
🛍️ Instrumen Urus niaga 55+ pasangan mata wang, 1300+ saham, 8 komoditi, 10 indeks, emas dan perak, 5 tenaga CFD, dan 100 syer
📱 Platform Urus niaga MT4, MT5 untuk desktop, tablet, sesawang & telefon mudah alih

Adakah XM Malaysia dikawal selia?

XM Global Limited adalah syarikat yang menguruskan laman sesawang urus niaga XM yang berdaftar di Belize dengan alamat pendaftaran, No. 5 Cork Street, Belize City, Belize, CA.

XM Global Limited diberi kuasa untuk menyediakan servis urus niaga oleh International Financial Services Commission (IFSC ) dengan nombor lesen 000261/106.

Syarikat-syarikat XM Group diurus selia oleh pengurus selia kewangan Tier-1 dan pihak berkuasa yang lain. Kumpulan pertama memulakan operasi pada tahun 2009 dan telah menguruskan berjuta-juta klien di seluruh dunia.

XM dikawal selia dan diberi lesen oleh pihak berkuasa kewangan:

  1. XM didaftarkan dengan Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) dengan nama ‘Trading Point of Financial Instruments Limited’dan memegang lesen bernombor 120/10
  2. XM Regulation CySEC

  3. XM didaftarkan dengan Dubai Financial Services Authority (DFSA) dengan nama ‘Trading Point MENA Limited memegang lesen bernombor F003484.
  4. XM didaftarkan dan dilesenkan dengan Australian Securities and Investment Commission (ASIC) dengan nama ‘Trading Point of Financial Instruments Pty Ltd’ memegang lesen bernombor 443670.

 
XM adalah broker forex yang selamat untuk pedagang Malaysia.

Dengan dikawal selia oleh banyak pihak berkuasa kewangan yang mempunyai reputasi tinggi, XM mengekalkan amalan yang selamat seperti pengasingan dana dan menawarkan perlindungan baki negatif.

Yuran XM Malaysia

XM adalah broker yang mempunyai spread yang berubah-ubah dan mereka hanya boleh mengenakan caj spread terhadap 3 akaun Urus Niaga Forex. XM caj komisen hanya kepada akaun jenis Syer.

Spread yang dicaj oleh XM Malaysia bergantung kepada jenis akaun pedagang, instrumen yang digunakan, dan masa ketika urus niaga dilakukan.

Untuk pedagang mendapat idea jenis caj yang dikenakan, kami akan menggunakan beberapa penanda aras sebagai contoh untuk ulasan ini.

Berikut adalah butiran tentang caj urus niaga & bukan urus niaga di XM Malaysia:

  1. Pemboleh Ubah Spread yang Ketat – XM menawarkan harga pecahan pip yang memberikan pedagang spread yang lebih betul untuk urus niaga. Spread yang tepat bergantung kepada instrumen yang digunakan ketika berurus niaga dan jenis akaun pedagang.

    Sebagai contoh, purata spread yang dikenakan caj untuk urus niaga bagi menanda aras pasangan mata wang EURUSD untuk akaun standard adalah 1.7 pips.

  2. Berikut adalah tangkap layar caj spread yang biasa dikenakan untuk pelbagai pasangan mata wang dengan akaun Standard XM.
    XM Forex Broker Spread

  3. Komisen Pemboleh Ubah dengan Akaun Syer – XM tidak mengenakan sebarang caj komisen untuk akaun jenis Standard, Mikro, dan Ultra Rendah. Komisen dicaj untuk pedagang yang menggunakan akaun Syer.

    Caj komisen yang dikenakan bergantung kepada jenis syer yang diurus niaga. Mereka juga mengenakan komisen yang minimum untuk setiap transaksi. Sebagai contoh, jika anda ingin berurus niaga syer US, anda akan dicaj $0.04 komisen syer dengan komisen minimum $1 untuk
    satu transaksi .

  4. Tiada Yuran Deposit dan Pengeluaran – XM tidak mengenakan caj untuk deposit atau pengeluaran. Tambahan lagi, mereka juga membantu membayarkan caj yang dikenakan oleh e-wallet dan kredit kad. Pemindahan wayar dibawah $200 juga dibayarnya.
  5. Yuran Akaun Tidak Aktif selepas 3 Bulan – Jika akaun didapati tidak aktif untuk tempoh lebih daripada 90 hari, pedagang akan dicaj dengan yuran tidak aktif $5 sebulan. Jika baki yang tinggal kurang daripada $5, kesemua baki akan dicaj. Tiada caj yang dikenakan untuk pemegang yang tidak mempunyai baki.

Secara keseluruhannya, XM adalah broker berkos sederhana. Spread dengan akaun Standard adalah seimbang berbanding dengan broker lain. Anda boleh membuka akaun “Ultra Low” untuk spread yang lebih rendah.

Mereka juga mengenakan komisen minimum untuk setiap urus niaga dengan akaun Syer. Mereka tidak mengenakan caj yuran untuk deposit atau pengeluaran namun mereka ada mengenakan yuran untuk akaun yang tidak aktif.

XM Bonus

Bonus XM tersedia untuk pedagang di Malaysia. Kami membuat ulasan untuk promo Bonus XM. Berikut adalah butiran promosi yang sedang berlangsung.

Bonus Selamat Datang XM – XM memberikan bonus deposit sehingga 15% terhad pada $500 maksimum. Mereka akan mengkreditkan bonus ini dengan segera dan secara automatik untuk semua pedagang. Namun, pedagang tidak dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah bonus tersebut.

Bonus $30 XM – Pedagang Malaysia boleh menuntut $30 bonus urus niaga di XM. Tersedia untuk tempoh terhad.

Program Kesetiaan – Pedagang akan mendapat Mata XM yang boleh ditukar untuk hadiah bonus. Pedagang ditempatkan mengikut empat tahap berbeza dibawah program kesetiaan dan mata XM yang diperoleh mengikut tahap tersebut.

Rujuk pada Rakan – Pedagang mampu mendapat sehingga $35 untuk rujuk rakan kepada XM. Pendapatan ini boleh dikeluarkan daripada akaun.

Bonus Bermusim – Tambahan selain daripada bonus di atas, XM juga menawarkan pelbagai bonus bermusim dan sesekali untuk pedagangnya dalam tempoh terhad. Ada diantaranya adalah bonus jemputan istimewa.

Deposit dan Pengeluaran XM

XM mempunyai pelbagai cara untuk membuat deposit dan pengeluaran untuk pedagang di Malaysia.

Deposit dan pengeluaran boleh dibuat melalui melalui kredit kad, pelbagai kaedah pembayaran elektronik, pindahan berwayar, pemindahan wang bank tempatan, dan banyak lagi kaedah pembayaran termasuklah pengdeposit tempatan.

Selepas pedagang membuka akaun, mereka boleh log masuk Tempat Ahli XM, pilih kaedah pembayaran mengikut kesukaan pada halaman Deposit/Pengeluaran dan seterusnya mengikut arahan yang diberikan.

Ingat, XM tidak mengenakan caj yuran untuk membuat deposit atau pengeluaran. Tambahan lagi, mereka juga mungkin membayar bagi pihak anda caj yang dikenakan oleh servis pembayaran.

Jenis Akaun XM

XM menawarkan empat jenis akaun berbeza untuk pedagang Malaysia. Setiap akaun mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri dan sesuai untuk pedagang berbeza. Sebagai contoh, akaun Syer sesuai untuk pedagang volume tinggi kerana caj spread dan komisen setiap urus niaga yang dikenakan sangat rendah.

Deposit minimum 5 USD di XM.

XM tidak menawarkan MYR sebagai mata wang asas untuk mana-mana akaun. Pedagang boleh menggunakan USD atau mata wang asas yang lain bergantung kepada jenis akaun. Maksimum leverage adalah 1:888.

XM juga menawarkan pilihan untuk membuka akaun jenis Islamik.

Berikut adalah butiran jenis akaun berbeza yang ditawarkan oleh XM..

Akaun Islamik XM – XM menawarkan akaun Islamik yang tidak mengenakan caj untuk kadar pertukaran atau faedah peralihan semalaman. Anda boleh memilih untuk membuat akaun anda menjadi akaun Islamik selepas membuka akaun dengan XM.

Pilihan akaun Islamik tersedia untuk pedagang yang menggunakan akaun jenis Mikro, Standard, atau Ultra Rendah dan Syer. XM juga menyatakan yang mereka tidak mengenakan caj yang lebih tinggi untuk spread bagi pedagang yang menggunakan akaun Islamik. Akaun Islamik mempunyai leverage sehingga 888:1. Syarat urus niaga adalah sama seperti akaun jenis lain.

Akaun Mikro XM – Spread dibawah akaun jenis ini serendah 1 pip. Leverage yang ditawarkan dalam lingkungan 1:1 sehingga 888:1 untuk urus niaga antara $5 ke $20,000. Deposit minimum ialah sebanyak $5. XM tidak mengenakan caj komisen untuk akaun Mikro.

Akaun Standard – Caj spread serendah 1 pip. Leverage yang ditawarkan dalam lingkungan 1:1 sehingga 888:1 untuk urus niaga antara $5 ke $20,000. Deposit minimum ialah sebanyak $5. XM tidak mengenakan caj komisen untuk akaun Standard.

Akaun Ultra Rendah XM – Spread untuk akaun ini serendah 0.6 pip. Leverage yang ditawarkan dalam lingkungan 1:1 sehingga 888:1 untuk urus niaga antara $50 ke $20,000. Deposit minimum ialah sebanyak $50. Tiada komisen yang dikenakan untuk akaun Ultra Rendah.

Akaun Syer – Tiada perlindungan nilai dana yang ditawarkan untuk akaun jenis ini. Pedagang dicaj komisen untuk setiap dagangan dengan komisen minimum untuk setiap transaksi. Spread yang dicaj bergantung kepada bursa yang digunakan. Anda tidak boleh mendatangkan sebarang faedah leverage dibawah akaun Syer. Deposit minimum untuk akaun ini sebanyak $10,000.

Instrumen Urus Niaga XM

XM menawarkan pilihan untuk membuat urus niaga lebih daripada 55 pasangan mata wang, 1300+ saham, 8 komoditi, 10 indeks, emas dan perak, CFD 5 tenaga, dan 100 syer.

Secara keseluruhan, XM menawarkan instrumen yang meluas untuk pedagang memilih berbanding dengan broker lain yang menawarkan khidmat sama. Pemilihan Saham CFD sangat tinggi dan XM benar-benar sesuai untuk pedagang berurus niaga Saham CFD.

Walau bagaimanapun, mereka tidak menawarkan pilihan untuk berurus niaga mata wang kripto seperti broker HotForex.

Platform Urus Niaga XM

XM adalah broker forex MetaTrader dan CFD.

Pedagang dari Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan platform urus niaga MetaTrader4 atau MetaTrader5. Kedua-duanya popular di kalangan pedagang forex dan CFD.

Platform MT tersedia untuk telefon pintar, komputer, pelayan sesawang, dan tablet. Kedua-duanya boleh digunakan untuk pengguna desktop Mac dan Window. Aplikasi mudah alih platform ini tersedia untuk pengguna Android dan IOS.

Platform MT senang digunakan dan mempunyai banyak kegunaan untuk pedagang membuat urus niaga.

Ambil perhatian bahawa XM tidak menawarkan platform perdagangan hak milik.

XM Khidmat Sokongan Pelanggan

Pengguna XM di Malaysia boleh menghubungi khidmat sokongan melalui sembang langsung, emel atau telefon.

Pelanggan juga boleh membaca Soalan Lazim FAQ untuk mencari jawapan kepada masalah yang dihadapi. Kumpulan khidmat sokongan pelanggan tersedia sepanjang masa ketika hari bekerja.

Khidmat Sokongan Sembang Langsung yang Baik – Kami menggunakan khidmat sokongan sembang langsung dalam bahasa Inggeris ketika menulis ulasan ini dan mendapati ia sangat cepat dan membantu. Masa menunggu sebelum disambungkan dengan wakil lebih kurang 2 minit. Mereka juga menjawab soalan anda dengan cepat. Kami mendapati proses ini berjalan dengan lancar.
XM Live Chat

Khidmat sokongan sembang Bahasa Melayu hanya tersedia ketika waktu bekerja di Malaysia.

Khidmat Sokongan Emel Bahasa Melayu – Pedagang di Malaysia boleh menghubungi mereka melalui emel “[email protected]” untuk pedagang warga Malaysia. Ketika menulis ulasan ini, kami menggunakan ID emel bahasa Inggeris dan mengambil masa selama tiga jam untuk mendapat maklum balas.

Tiada nombor telefon tempatan – Pedagang di Malaysia perlu menghubungi nombor telefon global mereka, +501 223- 6696 untuk khidmat sokongan pelanggan. Mereka tidak mempunyai nombor telefon tempatan untuk dihubungi.

Secara keseluruhannya, kami mendapati khidmat sokongan XM sangat membantu, namun kami hanya akan memberi 4 bintang kerana tidak mempunyai nombor telefon tempatan. Apa pun, mereka telah menawarkan pelbagai cara lain bagi memudahkan pedagang Malaysia untuk menghubungi mereka.

Adakah Kami Mengesyorkan XM Malaysia?

Sudah tentu sekali kami mengesyorkan Broker Forex XM untuk pedagang di Malaysia.

XM adalah broker antarabangsa yang mempunyai reputasi yang tinggi yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik. Sangat selamat untuk membuat urus niaga kerana dikawal selia dengan baik dan dilihat melakukan amalan keselamatan seperti perlindungan baki negatif dan pengasingan dana.

Mereka menawarkan instrumen yang meluas untuk membuat urus niaga. Walaupun mereka tidak mempunyai CFD mata wang kripto dan platform perdagangan hak milik, platform urus niaga MT4 dan MT5 yang ditawarkan adalah popular di kalangan pengguna.

Mereka juga menawarkan akaun Islamik dan tidak mengenakan caj spread yang tinggi untuk pengguna Muslim.

Namun, kekurangan berurus niaga dengan XM adalah mereka tidak mempunyai pejabat di Malaysia dan nombor telefon tempatan untuk dihubungi oleh pedagang Malaysia.